Ulasan Pakej Video Blog: Video Blog Sebagai Sumber Pendapatan?

Sunday, September 6, 2009,

Sebagai post rasmi pertama blog ulasan produk informasi, saya memilih untuk mengulas ebook pakej video blog yang telah dilancarkan oleh Alang. Pakej video blog ni diterbitkan untuk membimbing anda membuat video blog dan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya melalui 3 sumber berlainan. Buat permulaan, saya tunjukkan dulu sebahagian screenshot kandungan ebook ini untuk tatapan anda.

Screenshot ebook pakej video blog



Melalui screenshot di atas, anda dapati ebook ni ada menerangkan perkara-perkara asas seperti pemilihan domain dan proses pemasangan wordpress beserta plugin yang disyorkan. Sekiranya anda tiada pengalaman buat video blog sebelum ini, ia bukan lagi halangan utama. Malah, video tutorial turut disediakan sebagai penerangan tambahan.

Setelah anda berjaya memasang blog wordpress, tibalah masanya untuk mengemaskini video blog anda. Dalam topik ini, anda akan mengetahui rutin yang perlu dibuat bagi memastikan blog anda terus-menerus menjadi pilihan pengunjung.

Apabila video blog anda telah siap sepenuhnya untuk tontonan umum, tibalah pula masa untuk mempromosi. Tujuannya supaya kewujudan blog anda diketahui ramai. Pada tahap ini, anda akan menghantar (submit) link blog anda ke website tertentu. Anda pasti terkejut jika selepas beberapa hari, pengunjung blog akan meningkat secara mendadak.

Oppsss...senarai website untuk anda hantar link tu turut diberikan. Ada 7 website semuanya.


Screenshot ebook pakej video blog 2



Setelah video blog anda dikunjungi ramai pelawat secara konsisten, inilah waktunya untuk menjana pendapatan. Sumbernya sama ada melalui program berbentuk gateaway ataupum CPM (rujuk m/s 44). Keseluruhannya ada 11 program yang dibincangkan. Anda pasti teruja setelah membacanya nanti.


Di samping itu, sebagai pembeli pakej video blog, anda turut diberikan hosting secara percuma selama 6 bulan. Tak cukup dengan itu, anda boleh "extend" tempoh tu kepada setahun. Caranya ada diumumkan di forum tertutup khas untuk pembeli. Kos yang perlu anda keluarkan selepas membeli pakej video blog ni adalah RM40 untuk nama domain dan USD9.99 untuk keahlian M***U*****.com

Akhir sekali, jika anda dah bersedia untuk mempelajari dan bertindak untuk menjana pendapatan dari video blog, sila dapatkan pakej video blog di sini sebelum terlewat.

0 comments:

Post a Comment