Panduan Clickbank untuk Newbie Belajar Pemasaran Affiliate

Tuesday, September 29, 2009, 0 comments

Pemasaran affiliate merupakan model perniagaan internet yang paling banyak diceburi oleh mereka yang ingin buat duit di internet. Alasannya sebab mereka sering diberitahu yang menjadi agen affiliate ni tak perlukan modal dan mudah untuk disertai. Tapi, sejauh manakah kebenaran kenyataan itu?

Saya akui yang anda boleh menjadi agen affiliate dengan mudah. Hanya perlu mendaftar dengan mana-mana laman web yang menawarkan program affiliate. Biasanya pendaftaran adalah percuma. Contohnya macam clickbank dan paydotcom. Hanya sebilangan kecil saja yang mensyaratkan anda membeli produk mereka dulu sebelum boleh mendaftar sebagai affiliate.


Laman utama Clickbank


Tapi saya kurang setuju kalau ada yang mengatakan anda tak perlukan modal dalam menjalankan pemasaran affiliate. Sebab dalam pemasaran affiliate, anda sekurang-kurangnya perlukan modal dari segi masa, tenaga dan sambungan internet. Itu belum kira modal untuk urusan promosi lagi.

Antara kaedah promosi yang memerlukan modal ialah pengiklanan melalui google adwords atau menyewa ruang di laman web yang popular, penggunaan perisian tertentu untuk memudahkan kerja promosi, penggunaan sistem autoresponder untuk mengumpul senarai email serta pembelian nama domain dan hosting.

Cuma memang ada cara promosi yang percuma. Antaranya seperti pemasaran melalui artikel, forum, video, iklan percuma, buat blog percuma, web 2.0 dan laman sosial.

Namun begitu, anda tak sepatutnya menghadkan dengan cara promosi percuma saja. Anggaplah pemasaran affiliate sebagai satu perniagaan. Anda mesti cuba pelbagai cara promosi yang berbeza. Sama ada yang percuma mahupun yang berbayar. Buatlah kajian mendalam dan pilihlah mana satu yang paling berkesan.

Setelah sasaran jualan anda tercapai, anda boleh cuba mempromosi produk lain pula. Ia bertujuan menggandakan pendapatan dari semasa ke semasa. Cuma jangan mempromosikan terlalu banyak produk sekaligus. Pilih 3 produk sebagai permulaan pun dah cukup. Sebaiknya, berikanlah fokus sehinggalah anda mampu membuat jualan yang konsisten.

Sekiranya anda masih mentah atau tak faham langsung mengenai pemasaran affiliate, dapatkan ebook panduan clickbank sebagai permulaan. Banyak ilmu yang boleh anda gunakan untuk mula buat duit di internet. Baik untuk pasaran Malaysia mahupun global.

Saya sendiri pun banyak belajar mengenai ilmu pemasaran affiliate melalui ebook panduan clickbank tulisan Mawardee. Walaupun belum mempraktikkan semua teknik yang dibncangkan, saya pernah mendapat komisen affiliate setelah mempromosikan beberapa produk affiliate tempatan seperti di bawah.


Komisen Affiliate 1



Komisen Affiliate 2



Kalau nak diikutkan, jumlahnya taklah sebesar mana bagi kebanyakan anda. Tapi saya sekadar ingin membuktikan bahawa anda pun boleh mula buat duit melalui pemasaran affiliate sekiranya mencuba teknik yang diajar dalam ebook tersebut.

Jika anda berminat dan serius untuk mendalami teknik pemasaran affiliate yang telah terbukti berkesan, mulakan langkah pertama dengan menimba ilmu yang ada dalam panduan clickbank di sini.