Panduan Clickbank untuk Newbie Belajar Pemasaran Affiliate

Tuesday, September 29, 2009, 0 comments

Pemasaran affiliate merupakan model perniagaan internet yang paling banyak diceburi oleh mereka yang ingin buat duit di internet. Alasannya sebab mereka sering diberitahu yang menjadi agen affiliate ni tak perlukan modal dan mudah untuk disertai. Tapi, sejauh manakah kebenaran kenyataan itu?

Saya akui yang anda boleh menjadi agen affiliate dengan mudah. Hanya perlu mendaftar dengan mana-mana laman web yang menawarkan program affiliate. Biasanya pendaftaran adalah percuma. Contohnya macam clickbank dan paydotcom. Hanya sebilangan kecil saja yang mensyaratkan anda membeli produk mereka dulu sebelum boleh mendaftar sebagai affiliate.


Laman utama Clickbank


Tapi saya kurang setuju kalau ada yang mengatakan anda tak perlukan modal dalam menjalankan pemasaran affiliate. Sebab dalam pemasaran affiliate, anda sekurang-kurangnya perlukan modal dari segi masa, tenaga dan sambungan internet. Itu belum kira modal untuk urusan promosi lagi.

Antara kaedah promosi yang memerlukan modal ialah pengiklanan melalui google adwords atau menyewa ruang di laman web yang popular, penggunaan perisian tertentu untuk memudahkan kerja promosi, penggunaan sistem autoresponder untuk mengumpul senarai email serta pembelian nama domain dan hosting.

Cuma memang ada cara promosi yang percuma. Antaranya seperti pemasaran melalui artikel, forum, video, iklan percuma, buat blog percuma, web 2.0 dan laman sosial.

Namun begitu, anda tak sepatutnya menghadkan dengan cara promosi percuma saja. Anggaplah pemasaran affiliate sebagai satu perniagaan. Anda mesti cuba pelbagai cara promosi yang berbeza. Sama ada yang percuma mahupun yang berbayar. Buatlah kajian mendalam dan pilihlah mana satu yang paling berkesan.

Setelah sasaran jualan anda tercapai, anda boleh cuba mempromosi produk lain pula. Ia bertujuan menggandakan pendapatan dari semasa ke semasa. Cuma jangan mempromosikan terlalu banyak produk sekaligus. Pilih 3 produk sebagai permulaan pun dah cukup. Sebaiknya, berikanlah fokus sehinggalah anda mampu membuat jualan yang konsisten.

Sekiranya anda masih mentah atau tak faham langsung mengenai pemasaran affiliate, dapatkan ebook panduan clickbank sebagai permulaan. Banyak ilmu yang boleh anda gunakan untuk mula buat duit di internet. Baik untuk pasaran Malaysia mahupun global.

Saya sendiri pun banyak belajar mengenai ilmu pemasaran affiliate melalui ebook panduan clickbank tulisan Mawardee. Walaupun belum mempraktikkan semua teknik yang dibncangkan, saya pernah mendapat komisen affiliate setelah mempromosikan beberapa produk affiliate tempatan seperti di bawah.


Komisen Affiliate 1



Komisen Affiliate 2



Kalau nak diikutkan, jumlahnya taklah sebesar mana bagi kebanyakan anda. Tapi saya sekadar ingin membuktikan bahawa anda pun boleh mula buat duit melalui pemasaran affiliate sekiranya mencuba teknik yang diajar dalam ebook tersebut.

Jika anda berminat dan serius untuk mendalami teknik pemasaran affiliate yang telah terbukti berkesan, mulakan langkah pertama dengan menimba ilmu yang ada dalam panduan clickbank di sini.

Ulasan Laporan 10 Cara Buat Duit Raya

Tuesday, September 8, 2009, 0 comments

Hari Raya bakal tiba tak lama lagi. Masa bulan ramadhan nilah ramai yang berlumba-lumba mencari pendapatan tambahan. Bolehlah diguna untuk membeli sebarang keperluan raya nanti. Sekurang-kurangnya meriah sikit sambutan raya tahun ni.

Namun begitu, tentu ramai di antara anda yang masih tertanya-tanya. Sempat lagi ker nak cari duit raya ni? Bukan ke tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Betul.

Atas sebab itulah saya terpanggil untuk mengulas laporan 10 Cara Buat Duit Raya ni. Sebab walaupun masa semakin suntuk, terdapat beberapa idea buat duit raya yang boleh anda lakukan terutamanya ketika penghujung bulan puasa. Semua idea tersebut adalah berbentuk perniagaan di mana anda menjadi orang tengah.

Seperti tajuknya, laporan ini memberikan anda 10 idea perniagaan yang pasti laku pada musim perayaan. Anda mesti boleh teka punyalah. Tengok saja pada musim perayaan. Apa yang dicari oleh orang ramai? Baik lelaki, perempuan, si bujang mahupun yang dah berkeluarga.



Cuma apa yang bagusnya laporan ni, anda bukan sekadar diberi idea saja. Malah ada diterangkan langkah-langkah yang patut anda lakukan untuk setiap idea perniagaan. Kemudian, anda diberikan maklumat pemborong atau pembekal untuk setiap produk.

Anda boleh menghubungi pembekal tu nanti secara online atau offline. Kalau anda tinggal berhampiran dengan mereka, boleh buat temujanji dan berjumpa terus. Lagi senang kira, kan?

Seperkara lagi, anda pun boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Maksudnya boleh ambil barang tu dulu dan bayar kemudian. Bunyinya memang menarik. Sesiapa saja pun boleh buat.

Sekiranya anda nak tahu maklumat lanjut mengenai pembekal tu, dapatkanlah laporan 10 Cara Buat Duit Raya di sini.

Ulasan Pakej Video Blog: Video Blog Sebagai Sumber Pendapatan?

Sunday, September 6, 2009, 0 comments

Sebagai post rasmi pertama blog ulasan produk informasi, saya memilih untuk mengulas ebook pakej video blog yang telah dilancarkan oleh Alang. Pakej video blog ni diterbitkan untuk membimbing anda membuat video blog dan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya melalui 3 sumber berlainan. Buat permulaan, saya tunjukkan dulu sebahagian screenshot kandungan ebook ini untuk tatapan anda.

Screenshot ebook pakej video blog



Melalui screenshot di atas, anda dapati ebook ni ada menerangkan perkara-perkara asas seperti pemilihan domain dan proses pemasangan wordpress beserta plugin yang disyorkan. Sekiranya anda tiada pengalaman buat video blog sebelum ini, ia bukan lagi halangan utama. Malah, video tutorial turut disediakan sebagai penerangan tambahan.

Setelah anda berjaya memasang blog wordpress, tibalah masanya untuk mengemaskini video blog anda. Dalam topik ini, anda akan mengetahui rutin yang perlu dibuat bagi memastikan blog anda terus-menerus menjadi pilihan pengunjung.

Apabila video blog anda telah siap sepenuhnya untuk tontonan umum, tibalah pula masa untuk mempromosi. Tujuannya supaya kewujudan blog anda diketahui ramai. Pada tahap ini, anda akan menghantar (submit) link blog anda ke website tertentu. Anda pasti terkejut jika selepas beberapa hari, pengunjung blog akan meningkat secara mendadak.

Oppsss...senarai website untuk anda hantar link tu turut diberikan. Ada 7 website semuanya.


Screenshot ebook pakej video blog 2



Setelah video blog anda dikunjungi ramai pelawat secara konsisten, inilah waktunya untuk menjana pendapatan. Sumbernya sama ada melalui program berbentuk gateaway ataupum CPM (rujuk m/s 44). Keseluruhannya ada 11 program yang dibincangkan. Anda pasti teruja setelah membacanya nanti.


Di samping itu, sebagai pembeli pakej video blog, anda turut diberikan hosting secara percuma selama 6 bulan. Tak cukup dengan itu, anda boleh "extend" tempoh tu kepada setahun. Caranya ada diumumkan di forum tertutup khas untuk pembeli. Kos yang perlu anda keluarkan selepas membeli pakej video blog ni adalah RM40 untuk nama domain dan USD9.99 untuk keahlian M***U*****.com

Akhir sekali, jika anda dah bersedia untuk mempelajari dan bertindak untuk menjana pendapatan dari video blog, sila dapatkan pakej video blog di sini sebelum terlewat.

Ulasan Produk Informasi | Digital Kini Menemui Anda

Wednesday, June 17, 2009, 0 comments

Produk informasi (informational product) dan produk digital kini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Makin galak. Setiap hari, ada saje produk baru yang dijual di internet. Kadang-kadang, pening kepala dibuatnya. Tak tahu mana satu yang perlu dibeli. Nak beli produk A dulu ke, atau produk B?

Masalah-masalah sebegini selalu timbul. Dengan bajet yang terhad dan belum tentu sesuatu produk tu berkualiti, anda pasti serba salah. Kalau tak beli, rase cam rugi plak. Kalau beli, tetiba isi kandungannya tak sehebat mane spt yang digambarkan dalam surat jualan (sales letter), lagilah rugi gamaknye.


Anda tentu dah pernah terkena dengan situasi di atas, betul tak? Sampai ada yang serik nak beli ebook atau video pasal buat duit. Kalau anda belum atau tak pernah terkena, tentu ada kenalan anda yang lain dah mengalaminya. Saya yakin. Sebab ada beberapa kenalan internet saya yang pernah mengadu hal serupa.

Rase kesian pun ade. Tapi saya tak boleh bantulah sebab bende dah lepas. Sebab saya pun pernah rase ape yang diorang rasa. Seharusnya, anda tak perlu bersungut. Belajarlah dari kesilapan lampau.

Atas kesedaran itu juga, saya pun buatlah blog ulasan produk ini. Di sini, saya akan membuat review atau ulasan berkaitan produk informasi, produk digital dan produk yang ada dijual di internet. Saya akan cuba mengulas setelus yang mungkin mengikut pandangan sendiri.


Buat permulaan, saya akan fokus terhadap produk yang berkaitan buat duit di internet. Antaranya yang berkaitan dengan pemasaran affiliate, seo, motivasi, bisnes gaya pos dan pemasaran video.

Sebab produk-produk jenis itulah yang banyak saya beli dan baca sejak awal tahun 2008. Tapi saya akan pilih produk tertentu saja. Sebab bukan semua produk dalam koleksi saya ni bagus. Bercampur baur.


Walaubagaimanapun, anda tidak boleh menyalahkan pencipta produk tersebut 100%. Anda perlu lihat dulu pada diri sendiri. Adakah anda dah buat segala yang diajarkan dalam ebook atau video tu dengan betul?

Kalau masih belum mendapat hasil, cuba anda cari atau kaji di mana silapnya? Kadang-kadang, kesilapan kecik pun boleh memberikan kesan yang besar. Lebih teruk lagi, selalunya ada pula yang dah habis baca atau tengok tapi tak praktikkan langsung. Mestilah takde hasilnya, kan?


Jika anda buntu, tanyalah secara terus kepada pengeluar produk tu. Hubungi melalui email, ruangan forum untuk pembeli, instant messenger ataupun ruangan contact pada website jualan mereka. Jika mereka tak membalas pula, jangan cepat melatah. Bawa bertenang. Cuba hubungi dari semasa ke semasa.

Atau gunakan inisiatif lain. Contohnya; taiplah kat Google atau Yahoo, masuk beberapa forum yang berkaitan dengan masalah anda dan bertanyakan masalah tersebut dengan penuh sopan.


Sebagai penutup bicara, nantikan ulasan produk terpilih yang akan saya kongsikan di sini kelak. Dengan cara ini, mungkin anda akan berasa lebih selamat sebelum membeli sesuatu produk.


P/S: Untuk buat duit di internet ni, sama saje senarionya macam perniagaan di luar sana. Perlu ada usaha yang berterusan. Tanpa usaha, anda takkan kemana-mana. Tetapi, bila anda dah ada modal dan advance, barulah boleh mengautomasikan perniagaan internet anda kelak.